Sabtu, 31 Disember 2011

Ibuku seorang pembohong


Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang
berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang
ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi
saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk
dijadikan renungan anda sekalian.


   Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir
sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga
miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering
kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami
terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu
keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering
saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk
yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu
sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata :
""Makanlah nak ibu tak lapar." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
PERTAMA.
 
   Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering
meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di
tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan
hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan
untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari
memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan
mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu
ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan
yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan
yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti
itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu
saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan
cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak
suka makan ikan." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

   Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu
pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi
dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang
dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi
saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih
dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya.
Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk
kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok
pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan
berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk
lagi." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

  Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja
supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk
menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah
siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus
sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja
tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada
Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan
cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian
sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan
menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang
dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat
dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih
kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya
segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan
menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan
berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" -
PEMBOHONGAN
IBU YANG KEEMPAT.


   Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas
saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang
mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu
lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan
keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan
keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik
hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk
membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah
lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan
mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang
keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu
berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak
perlukan lelaki." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

  Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula
bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh
ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah
lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari
duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar
setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi
keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh
di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu
memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras
tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu
mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan
susah-susah, ibu ada duit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG
KEENAM.


  
Setelah tamat pengajian di universiti, saya
melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di
luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai
sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu
saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja
dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya
juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan,
saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung
hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu
sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh
hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau
hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan
keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak
ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini
dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal
di negara orang." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

  Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam
saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu
mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu
berada jauh diseberang samudera terus segera pulang
untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu
terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani
pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap
wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan
saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa
menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya..
Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya
penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu
menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah
ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu
kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu
hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu
dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum
dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." -
PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

  
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu,
ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir
kali.
Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda
boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari
mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata,
'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga
kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana
biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya,
tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata
itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan
nafasnya yang terakhir.
Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu..


sumber : usrah.com

Ahad, 25 Disember 2011

............SaYANG .........



Wahai sahabt-sahabat ku  sayang....
Janganlah kau bersedih dengan apa yg kau harapkan itu tak dapat...
Kerna  ALLAH S.W.T telah menghaturkan segala-galanya ....
Mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku ....
Kita sebagai hambaNya perlulah sentisa b’fikiran posetif & sentisalah b’fikiran t’buka ......
Wahai ssayangku ....
Janganlah kau membuat sesuatu perkara yang dimurkai oleh ALLAH S.W.T....
Kerna ALLAH amat menyanyangi hamba-hambaNya...
Kerna itulah ALLAH memberi dugaan & ujian kpd hamba-hambaNya ...
Kerna ALLAH nak uji sejauh mne iman kita & sejauh mne syg kita PADA.-NYA ......

Ya Allah, ku bermohon ya allah... Semoga iman kami sentiasa dilindungi Oleh Mu .... Agar kami tidak jauh terpesong dr jln Mu & tidak keluar dr landasan Mu ....
Ya Allah, hanya pada Mu kami mohon & hanya pada Mu kami meminta ......
Amin Ya Robal Alamin ......
WAALLAHU A’ALM ....

Isnin, 19 Disember 2011

....Rindu .....

Rindu...................
Rindu adakalanya menyakitkan ....
Rindu adakalanya indah sangat....
Rindu adakalanya membingungkan....

Jika rindu kita membawa kepada rindu seseorang.....
Pasti akan rasa mcm tu ....
Tapiii.......
Jika rindu kita membawa kepada rindu pada ALLAH s.w.t....
Pasti rindu itu .....
Tenag...
Aman...
Sentiasa dilindungi...
So.......
Bawalah rindu kita itu pada Maha Pencipta ....
Walaupun kita rindukan sesorang ...
Berdoalah dalam hati agar rindu ini adalah rindu pada ALLAH s.w.t ....
Amin....
Ini sekadar apa yang saya rasa ... Maaf sekiranya silap or salah ..
Kerana ini adalah dari perasaan saya ..... waallahu a’alam .....

Ahad, 18 Disember 2011

AKU AMAT MERISAUI MU , SAYANGKU ..............




Bismillahirrohmanirrohim ...Asalamualaikum...... <3
Sayangku , bagaimana keadaan dikau sekarang ????
Sayangku, ku harap engkau sentiasa dilindungi oleh ALLAH S.W.T ...
Kerna ku amat risau jika iman mu gonyang &  terhanyut dalam lembah kumpulan syaitan .... Sayangku, engkau amat berharga bagi ku kerna kau telah dihantar oleh ALLAH untuk lindungi ku dari kelompok-kelompok laki-laki ajnabi .. Kerna kau telah sah jadi milik ku ... Sayangku , bimbinglah ku ke jalan yg mulia ....
Sayangku......
Ku amat merindui mu, sayang .....
Sayang ku hanya mu .... 
Kerna syg ku pd mu adalah kerna ALLAH s.w.t ..............

Khamis, 15 Disember 2011

Surat Cinta Untuk Calon Suami ku ........


Assalam’ualaikum wahai calon suami ku ......
Apa khabar iman mu hari ini,wahai calon suami ku .??
Ku harap hari ini iman mu sungguh teguh dan kuat untuk tempuhi segala ujian & dugaan yg d’berikan oleh Maha Pencipta  untuk hari ini & selamanya ... insyaallah ...
Wahai calon suami ku ... ku minta maaf krna meggangu mu .. Ku ingin m’beri tahu mu ..... Krna hati ini adakalanya tdak kuat untuk menahannya lagi ....
Masyaallah, ku amat m’rindui mu , sayang ..... ku harap rindu d’hati ini akan t’ubat apabila telah dizinkan oleh-Nya & apabila hati kita bersatu suatu hari nanti ... Ku tidak akan mensia-sia mu ... kerna Ku amat menyanyangi mu, Wahai calon suami ku .... kerna ku inginkan cinta yg tulus & cinta yg datang dr ilahi agar dri mu dpt m’bimbing ku kejalan ALLAH S.W.T ... agar mu dpt m’yanyangi ku krna ALLAH S.W.T .... Ku sentiasa menanti mu, wahai calon suami ...Krna syg & cinta ku krna ALLAH S.W.T ...
Wahai calon suami ku ...  ku harap p’cintaan kita tidak t’pesong kejalan yang d’murkai oleh ALLAH S.W.T ..
Wahai calon suami ku ..... Ku harap cinta kita datang dri ALLAH S.W.T ... Bkan datng dari 2 cinta yg d’murkai oleh ALLAH iaitu Cinta datng dri syaitan & Cinta dtg dri Nafsu ...
Mudah-mudah wahai calon suamiku ...

Wahai calon suamiku ... ku mengundur diri dulu ye wahai calon suami ku ...
Segalanya ku berserah pada takdir ilahi ....
Salah dan silap ku pinta hampun maaf ...
KU AKAN SETIASA MENDOAKAN KU WAHAI CALON SUAMI KU .......
Salam sayang dari calon isteri mu untuk calon suami ku .......
<3

Ahad, 11 Disember 2011

Doa untuk kekasihnya




Ya allah,jika benar dia untu ku ,
Satukanlah hatinya dengan hati ku .
Ya allah, jika benar dia untuk ku ,
Janganlah pisahkan kami ya allah .
Ya allah , jika benar dia untuk ku,
Biarlah dia sygikan ku krna MU , ya allah ...
Dan
Ya allah, jika benar dia untuk ku,
Peliharalah imanku sepertimana imanya , ya allah....
Supaya kami tidak keluar dari landasan Mu , ya allah ..

Agar kami tidak jauh dengan Mu, ya allah .
Agar dia dapt m’bawa ku k’jaln Mu,
Biarlah cinta kami,d’redai olh –Mu.
ya allah biarlah cinta kami yg datang dari Mu , ya allah...
supaya hubungan kami kekal hingga ke akhirat kekal ..
AMIN YA ROBBAL A’LAMIN


PErKeNalan yg SemEnTara

P’kenalan ku dgn si dia tnpa ku duga & tnpa t’lintas dlm fkiran ku ... Tapi d’dlm hati ini hanya ALLAH S.W.T shja yg th .. Veryy hppy !!!! Alhamdulillah ...  Itulah yg d’namakn Takdir ALLAH ...
P’temuan pertama, ku t’kaku krana seorg insan yg sgt baik, wlaupun adakalanya ku x selesa dgn dye krana ku wanita yg bukan setanding dgnnya ...Tpi ku cuba untk kawal dri ku apabila b’hapdn dgn si dia ... Tp.. lambt-laung pragai ku & ksh silam ku t’bongkar .. sungguh malu ku pd si dia ........ Lagi malu ku pd ALLAH S.W.T krna tlah ku m’lakukan larangan-Nya ..Subhanaallah ...
Alhamdulillah, setelah si dia th sgala-gala tntg ku dia blh trima ku sbagai sahabatnya ....selepas p’temuan itu kami hnya b’ubung melalui telefon & e-mel ... Apabila si dia tlah m’getahui sikap & pragi ku , dia cuba m’ikut sedikit sbyak pragi ku ,, mgkin dia hnya nk jd cermin pd ku ...
Dengan kehadiran dia dalam hidup ku , Alhamdulillah akhirnya ku b’temu jgk dgn apa yg ku inginkn slama ini iaitu p’didikan agama yg tlh lama ku hilangkan selpas ku tamat bangku sek ....Semuanya kerana ALLAH S.WT .. Krna ALLAH tlh m’ghantar seseorg utk mgembalikan apa yg tlh hlg selama ini ...

Kini, dia tiada lg apabila ku m’buntukan dia... mgkin krana ku tdak pnh m’ghargai dia spnjg dia b’sama dgn ku ... & ku sring tdk m’amalkan dgn apa yg tlh dia ajarkan pd ku ... Hati wanita memag tak dpt untk d’elakkan dri ksedihan & k’rinduan...Ada jgak ku m’beri th dia bhawa ku m’rindui dia ... dan ku mnanti jawapannya ...................
 “ LEPASKANLAH RINDU ITU PADA ALLAH & RASUL J
Hargailah seseorg yg muncul dlm hidup kita & knalilah seseorng itu krna ALLAH S.W.T .... Krana apa yg ada pd kita bkn milik kita selamanya,krana sgalnya adalah pinjaman dri ALLAH S.W.T untk hamba-Nya.... So kita tak prlulah sedih smpai igin m’bawa dri k’jln yg tdk baik .. Mudah2an kita akn jmpa seseorng yg pernah kita knali itu d’akhirat kelak... insyaallah ... Yang baik datang dari ALLAH S.W.T yang buruk dtg dr sya ... WALLAHU A’ALAM... J